Di era globalosasi ini, usaha kerjasama
antara negara adalah merupakan elemen yang penting untuk mencapai kepentingan
negara masing-masing. Kepentingan tersebut adalah meliputi pelbagai aspek
seperti ekonomi, politik, sosial, keselamatan dan lain-lain. Di samping itu,
seiring dengan kesan permodenan dunia yang telah mewujudkan sebuah fenomena
kebergantungan dan berintegrasi antara satu negara dengan negara lain. Hubungan
yang bergantungan ini bukan sahaja dapat memberi impak yang positif terhadap
negara terlibat namun ianya juga mampu untuk mewujudkan suasana negatif dengan
sokongan perkembangan dalam teknologi dan informasi (Irdayanti, 2013). Justeru,
usaha untuk menjaga hubungan antara negara-negara yang bergantungan perlu
dititikberatkan. Oleh yang demikian, diplomasi adalah merupakan alat terpenting
untuk dilaksanakan demi mencapai ‘peacebuilding’
antara negara (Brinkmann,
2006). Peacebuilding
adalah merupakan proses pencegahan, pengurangan serta transformasi koflik atau
peperangan ke arah penyelesaian yang lebih aman (Brinkman, 2006). 

Oleh itu, untuk mencapai keamanan tersebut, diplomasi
adalah salah satu alat terbaik dalam aktiviti hubungan antarabangsa. Diplomasi
merangkumi tindakan kerajaan seperti interaksi formal termasuk termeteraian
perjanjian dan kenyataan awam serta jurucakap untuk menerangkan sesuatu
tindakan serta keadaan (Hurd, 2011). Dalam persaingan antara negara untuk
pengaruh, pasaran dan kuasa, diplomasi memainkan peranan dengan menggunakan
pendekatan aman seperti perbincangan dan perjanjian (Fendrick, 2008). Dalam
masa yang sama, diplomasi juga adalah aktiviti politik yang melibatkan kuasa
dan membolehkan negara mencapai objektif dasar luar tanpa ancaman, propaganda
atau sekatan undang-undang Berridge (2010).

Hubungan diplomasi dijalankan melalui
hubungan diplomatik di antara dua buah negara. Hubungan diplomatik yang
tersusun antara sesebuah negara dengan negara lain juga akan menghasilkan
hubungan kerjasama yang baik dari segi hubungan sosial, budaya, agama, ekonomi,
serta politik (Salmah Jan, Hashim dan Rozita, 2014). Kedua-dua negara yang
berkongsi sempadan haruslah menjaga tingkah laku serta mengamalkan penyelesaian
secara rasional kerana pertikaian yang melibatkan kawasan sempadan cenderung
untuk memberikan impak besar dari segi diplomasi dan keselamatan negara
masing-masing (Ruhanas, 2009). Tambahan pula, negara yang berkongsi sempadan
selalunya mengundang kepada migrasi rakyat antara negara kerana kedudukan
georgrafi yang berdekatan. Menurut Ayieko, (2016) hubungan diplomatik
yang baik cenderung untuk memberikan kehidupan yang sejahtera kepada migran
manakala hubungan diplomatik yang lemah akan menyukarkan migran untuk
mengasimilasi dan berintegrasi di negara penerima.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Terdapat beberapa cabang dalam bidang
diplomasi dan salah satunya adalah dalam aspek migrasi dan pekerjaan. Kini,
migrasi telah menjadi satu isu yang sering dibahaskan diperingkat pentadbiran
tempatan, nasional, dan antarabangsa kerana terdapat pelbagai isu yang timbul
hasil dari migrasi (Sekretariat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 2005).
Migrasi adalah langkah sementara atau kekal oleh individu atau sekumpulan orang
yang berhijrah dari satu lokasi geografi ke lokasi lain atas pelbagai sebab
iaitu dari segi peluang pekerjaan yang lebih baik sehingga kepada faktor penindasan
(Hagen-Zanker, 2008).

Categories: Articles

x

Hi!
I'm Garrett!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out