Apa itu kematian? Dari perspektif bahasa,
perkataan mati merujuk kepada pengertian sesuatu samada pancaindera, akal, dan
lain-lain yamg hilang kekuatan atau kemampuan untuk hidup. Menurut Ibn Faris
dalam Mu’jam Maqayis al-Lughah, mati dikatakan berlawanan dengan hidup tetapi
kedua-duanya adalah daripada ciptaan Allah SWT. Mati dan hidup berkait rapat
dengan kedudukan dan kewujudan roh. Justeru itu, sesuatu itu dikatakan hidup kerana
roh masih berada di dalamnya dan dikatakan mati apabila ianya tidak lagi
mempunyai roh. Sebagai manusia, menemui ajal itu amat pasti dan tidak boleh
dielakkan kerana kematian itu merupakan rahsia Allah. Berita kematian amat
lazim dalam kehidupan seharian kita kerana dimana-mana sahaja kita berada,
pasti kita akan mendengar tentang berita kematian manusia samada yang beragama
islam atau bukan beragama islam. Sekiranya kita mendengar musibah atau kematian
yang menimpa kepada seseorang, kita digalakkan untuk menyebut inna lillah wa
inna ilaihi roojiun yang bermaksud, sesungguhnya semua itu adalah  milik Allah dan akan kembali kepada – Nya.

     Allah swt telah menjanjikan
syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai kepada hambanya yang beriman setelah
mereka mati. Jika ingin diceritakan tentang syurga, pelbagai kenikmatan yang
terdapat di dalamnya yang tidak pernah dilihat oleh mata, terdengar oleh
telinga dan terlintas di dalam hati manusia. Begitu istimewa ganjaran yang
diberikan oleh Allah kepada hambanya yang beriman. Apakah yang dimaksudkan
dengan orang beriman? Allah berfirman dalam al-Quran pada surah Al-Anfal ayat ke 2
Sesungguhnya orang-orang yang beriman  ialah mereka yang bila disebut
nama Allah  gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan
ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Tuhanlah
mereka bertawakal. Selain itu, Aisyah r.a. juga
berkata: “Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan
dengan hati dan mengerjakan dengan anggota.” Di dunia ini
tidak mudah untuk mencari manusia yang betul-betul beriman melainkan hanya
segelintir sahaja. Berbeza dengan para sahabat pada zaman Rasulullah saw yang
amat beriman kepada Allah sehinggalah apabila disebut nama Allah lalu gementar
hati para sahabat kerana perasaan takut kepada Allah.

Categories: Articles

x

Hi!
I'm Garrett!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out