2.1 
Aplikasi Web 2.0

 

Web 2.0
diperkenalkan oleh Dale Dougherty pada tahun 2004. Beliau merupakan naib
presiden di sebuah syarikat iaitu O’Reilly Media Inc. Web 2.0 digunakan
bersama-sama dengan pelbagai jenis perisian sosial, berinteraksi dengan
aplikasi berasaskan web dan menggunakan web sebagai satu platform untuk
menjana, menggunakan semula isi kandungan dan sebagainya. Selain itu,
kebanyakan penganalisis menyatakan bahawa Web 2.0 adalah satu alat yang
mengalakkan penglibatan atas talian iaitu membolehkan pengguna melakukan
interaksi sosial dan menghasilkan beberapa karya atau penulisan.

 

Teknologi
Web 2.0 adalah sebahagian daripada alatan supaya guru dapat memanfaatkannya
untuk merancang dan membantu pembelajaran pelajar. Memandangkan pengguna alatan
rangkaian sosial terdiri daripada golongan muda, mereka pastinya telah
mempunyai kepelbagaian pengalaman, kebiasaan, sikap dan harapan terhadap
teknologi atas talian. Kebanyakan mereka menggunakan alatan tersebut di luar
konteks bilik darjah dan bukan untuk tujuan pendidikan (Pempek, Yermolayeva
& Calvert, 2010). Oleh itu, para pendidik perlu menyesuaikan model pedagogi
jika hendak menggunakan alatan rangkaian sosial untuk pengajaran dan
pembelajaran supaya dapat disesuaikan dengan generasi murid baru ini.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

2.1.1       
Konsep & Definisi Web 2.0

 

Web 2.0 mempunyai
pelbagai definisi dan konsep secara umumnya. Web 2.0 asalnya dipetik daripada
DiNucci (1999) yang kemudiannya diluaskan oleh Dougherty dan O’Reilly seperti
yang dinyatakan dalam Dunlap dan Lowenthal (2011). Web 2.0 boleh dikatakan
sebagai ‘read-write web’ iaitu pengguna sendiri berkuasa untuk mengawal data
melalui penggunaan perkhidmatan interkatif ini. (Ajjan & Hartshorne 2008;
Madden & Fox 2006; Maloney 2007; Murugesan 2007; Richardson 2009). Web 2.0
dianggap sebagai aplikasi atas talian yang senang dan mudaj digunakan bagi
menjalankan pelbagai tugaan kepada semua pengguna yang menggunakannya. Simkins
dan Schultz (2010)

 

Penggunaan
teknologi aplikasi Web 2.0 yang semakin berleluasa membantu murid untuk
membangunkan kandungan serta mencari maklumat dengan lebih mudah dan selesa
dalam pembelajaran maya. Kewujudan teknologi Web 2.0 memberi peluang kepada
penggunanya untuk memproses komunikasi dua hala dengan berkesan, pantas dan
mudah, manakal Web 1.0 hanya digunakan untuk mencari dan menerima maklumat
semata-mata. Pada era globalisasi ini, pengguna TMK dapat mempamer, berkongsi
dan memperluaskan kreativiti mereka tanpa sebarang halangan.

 

2.1.2         
Integrasi Aplikasi Web 2.0 dalam Proses Penilaian

 

Web 2.0 merupakan
istilah yang menggambarkan aplikasi internet kolaboratif yang baru. Web 1.0
peringkat awal adalah static, berpusat, berasaskan kandungan, sedia dibaca,
kaku dan bersifat individu. Sebaliknya, Web 2.0 adalah dinamik, tersebar, berasaskan
perkhidmatan, sedia ditulis, bersatu tanpa terikat dari sosial. Perbezaan utama
Web 1.0 dengan Web 2.0 adalah dari segi penglibatan pengguna lebih besar dalam
membina dan menguruskan isi kandungan, yang mana ini menukar sifat dan nilai sesuatu
maklumat (Sendall, Ceccucci & Peslak, 2008)

 

            Penggunaan aplikasi Web 2.0 mampu
menyokong pembentukan murid kreatif dan kolektif. Pemikiran kreatif yang maju
ke hadapan selalunya merupakan hasil daripa pengetahuan yang kolektif yang
terbentuk melalui perkongsian idea dan pengetahuan antara individu-individu
secara bebas bagi mendapatkan keputusan uang terbaik. Pengetahuan yang dikongsi
secara kolektif ini terus berkembang dan berubah hasil pertanyaan dan
penambahbaikan berterusan Bersama-sama para penyumbangnya. Kreativiti,
pemikiran aras tinggi dan pembinaan pengetahuan boleh digalakkan menerusi aplikasi,
produksi dan penerbitan yang direka bentuk dengan baik (Nelson, 2009).
Penilaian yang dijalankan melalui Web 2.0 akan menjadi lebih bermakna apabila
murid berkecimpung dan melibatkan dengan aktif dan ia juga dapat membina
pengetahuan mereka secara mendalam. Menurut Batchelder (2010),
aktiviti-aktiviti melalui aplikasi Web 2.0 dalam proses penilaian menyediakn
murid dengan proses aktif yang memberi makna signifikan kepada mereka. Murid
dimotivasikan secara semulajadi melalui amalam pedagogi yang berkesan dan
penggunaan teknologi. Internet dan aplikasi Web 2.0 mampu memberi peluang
kepada murid untuk mencari maklumat, mengumpul bahan mereka sendiri,
berkomunikasi, membina makna dan menilai hasil akhir.

 

            Murid dengan amalan pembelajaran terarah
kendiri akan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan
aktif. Integrasi aplikasi Web 2.0 dalam penilaian yang dimanfaatkan oleh guru
yang berkemahiran akan dapat meningkatkan pembelajaran murid dan memudahkan pembangunan
kemahiran sepanjang hayat seperti kolaborasi, pemikiran kreatif dan pembinaan
pengetahuan. Hal ini bukan membawa maksud kemahiran peting tidak boleh diajar
tanpa teknologi, namun kerjasama antara murid daripada pelbagai latar belakang
akan menambahkan dan mendalamkan lagi pengalaman murid. Pengalaman dan aktiviti
melalui aplikasi Web 2.0 turut memberi pengetahuan baru kepada murid tentang
sesuatu konsep berdasarkan aktiviti dan keinginan mencari maklumat yang
berterusan. Contoh, antara aplikasi yang terbaik yang boleh dintegrasikan dalam
proses penilaian ialah Kahoot, Plickers, Socrative, Quizzes, Hot Potato dan
sebagainya.

 

2.1.3       
Kelebihan Aplikasi Web 2.0

Perkembangan dan perubahan teknologi yang ada masa kini
memperlihatkan penggunaan teknologi berasaskan Web 2.0 seperti Google Apps for Education semakin
meningkat. Penggunaannya merangkumi pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan, penyelidikan dan penerbitan. Tinjauan
literatur menunjukkan pelajar masa kini lebih suka menggunakan telefon bimbit,
komputer riba dan tablet sebagai saluran maklumat, pengetahuan serta kemahiran,
berkongsi idea atau pengalaman melalui email, discussion board, blog, wiki,
podcase dan sebagainya daripada bertanya guru atau ibu bapa. (Mahmud, 2008
dalam Razana, 2012)

 

Gabriela
(2009), dalam artikelnya yang bertajuk “To
use or not to use web 2.0 in higher
education” telah mengenal pasti beberapa kelebihan penggunaan Web 2.0 dalam pendidikan. Antaranya :

 

•                    
Mengurangkan
kos.

 

•                    
Boleh
berkongsi pengalaman.

 

•                    
Cepat
dan mudah mencapai maklumat tanpa batasan masa dan tempat.

 

•                    
Tahap
kesukaran yang rendah.

 

•                    
Boleh menghasilkan kandungan yang berbentuk digital (media, podcasting, videocasting).

 

Categories: Articles

x

Hi!
I'm Garrett!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out